BERNAMA › BERITA




Beri Keutamaan Kepada Barisan Nasional - Hishammuddin


Tarikh kemaskini: 11/11/2017


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anggota Barisan Nasional (BN) khususnya daripada gerakan belia, harus mengetepikan sebarang perbezaan dan meletakkan kepentingan pakatan itu sebagai keutamaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketika membuat gesaan itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata rakyat harus diberi ingatan bahawa hanya BN yang boleh memberi kestabilan dalam politik dan ekonomi negara ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kekuatan BN adalah keunikannya daripada kepelbagaiannya yang amat diperlukan untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

"Kita dihormati kerana kepelbagaian dan kesederhanaan kita,"katanya ketika berucap pada majlis makan malam persahabatan anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Sahabat Malaysia (GPSM) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong serta Penaung GPSM yang juga Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A Vigneswaran.....