BERNAMA › BERITA




Selangor, Perlis Sahkan Tempat Ke Perlawanan Akhir Divisyen Dua


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Selangor dan Perlis mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Divisyen Dua Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-55 selepas mengalahkan lawan masing-masing malam ini.

Pada perlawanan separuh akhir, Selangor yang merupakan juara kumpulan A, Divisyen Dua mengalahkan ATM 4-0 di Stadium Sultan Azlan Shah di sini.

Gol jaringan Faridzul Afiq Mohd pada minit ke-41 dan ke-43, Nazirul Mubin Zebidi pada minit ke-55 serta Ahmad Hariz Syazani Ezani pada minit ke-60 membantu pasukan mereka mengekalkan rekod empat perlawanan tanpa kalah.

Sementara itu, Perlis melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas mengetepikan Pahang 4-0.

Perlis memperoleh jaringan melalui pemain penyerang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil pada minit ke-7 dan ke-9.....