BERNAMA › BERITA




Lebih 800 Pustakawan Berentap Di Kejohanan SPASM22


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Lebih 800 pegawai dan kakitangan perpustakaan awam seluruh negara bakal berentap dalam pelbagai acara sempena Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia ke-22 (SPASM22) yang berlangsung selama tiga hari, bermula esok.

Kuala Lumpur yang julung kali menjadi tuan rumah SPASM22 kali ini mengetengahkan acara sukan antaranya futsal, bola jaring, pingpong, sepak takraw, badminton, congkak, bola tampar dan boling tenpin.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata temasya sukan itu yang mula diperkenalkan pada 1984 diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pustakawan selain menjadi platform perkongsian pendapat dalam bidang kerja masing-masing.

"Penganjuran ini adalah antara usaha kerajaan bagi menggalakkan penjawat awam supaya lebih bermotivasi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik serta dapat bertukar pandangan sesama mereka dalam menentukan hala tuju perpustakaan awam sebagai institusi maklumat,"katanya ketika merasmikan SPASM22 di sini malam ini.

Antara lokasi yang terlibat dalam penganjuran acara sukan itu ialah Stadium Titiwangsa, Universiti Malaya, Kompleks Sukan Bandar Tun Razak dan Endah Parade Sri Petaling.....