BERNAMA › BERITA




Banjir Di Hulu Langat : 82 Mangsa Dipindahkan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Seramai 82 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Sungai Tekali, Hulu Langat ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Serai dekat sini, malam ini berikutan banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata hujan lebat lebih dua jam sejak 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat dilanda banjir kilat.

Menurut Mohd Sani, antara kawasan lain yang terjejas di Hulu Langat ialah Kampung Pasir, Kampung Sungai Pening dan Kampung Seri Nanding.

"Pusat pemindahan di Kampung Sungai Tekali dimasuki air dan kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan SK Sg Serai,"katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Mohd Sani berkata kawasan terjejas dinaiki air sehingga 0.3 meter dan keadaan itu masih tidak berubah setakat 10 malam ini.....