BERNAMA › BERITA




12 Rumah Rosak Teruk Dilanda Angin Puting Beliung Di Pendang


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

PENDANG, 10 Nov (Bernama) -- Kira-kira 12 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung petang tadi.

Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan kebanyakan bumbung rumah terbabit tercabut dan diterbangkan angin ke kawasan bendang berhampiran akibat pusaran angin yang kuat disusuli hujan lebat selama 10 minit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Ali Ahmad Sukri Omar berkata kerosakan membabitkan enam rumah di Kampung Alor Ali manakala selebihnya di kampung bersebelahan iaitu Kampung Rambai.

Beliau berkata sebelum menghampiri kampung berkenaan pusaran angin itu menarik air di dalam bendang ke atas sebelum bergerak membadai perkampungan itu.

"Buat masa ini, saya jadikan rumah saya sebagai penempatan sementara bagi menempatkan kesemua mangsa sebelum tindakan lanjut daripada pihak berwajib,"katanya kepada Bernama malam ini.....