BERNAMA › BERITA




PMBT Jangka Kumpul RM200 Juta Menerusi Pelbagai Cadangan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- PMB Technology Bhd (PMBT) menjangka dapat mengumpul hasil RM200 juta daripada pelbagai cadangan.

Hasil itu akan digunakan untuk pembinaan kilang pembuatan silikon metalik selain pembelian kelengkapan kilang silikon syarikat, menurut PMBT dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Antara cadangan syarikat itu termasuk pembahagian saham melibatkan subbahagian bagi setiap satu saham PMBT sedia ada kepada dua bahagian kecil saham.

Cadangan lain adalah terbitan hak boleh lepas bagi saham pinjaman tidak bercagar boleh ubah lima tahun 3.00 peratus tidak boleh tebus berserta waran boleh lepas percuma untuk mengumpulkan kira-kira RM200 juta.

Selain itu PMBT juga bercadang untuk menyenaraikan pembuatan silikon metalik dalam kepelbagaian aktiviti utama kumpulan PMBT.....