BERNAMA › BERITA




Paras Empangan Sultan Azlan Shah Normal - EXCO


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Paras air di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, ketika ini berada pada paras normal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Katanya bacaan paras empangan itu pada malam ini adalah 245.17 meter iaitu masih agak jauh daripada paras bahaya banjir pada 246.47 meter.

"Kalau diikutkan buat masa ini empangan berada pada paras normal. Paras berjaga-jaga pula adalah 246.03 meter," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Kata Zainol Fadzi, jika taburan hujan tinggi ia mungkin menyebabkan peningkatan paras air seterusnya banjir di sepanjang Hilir Sungai Kinta.

"Dan sekiranya perkara ini terjadi, mungkin akan ada pemindahan penduduk di kawasan yang ditenggelami air di sepanjang Sungai Kinta. Sejak empangan ini digunakan paras tertinggi yang pernah dicatat adalah 246.00 meter," katanya.....