BERNAMA › BERITA




Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Terus Berkurang


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Sejumlah 1,313 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang berbanding 1,987 orang pagi tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata sehingga 8 malam tadi, sebanyak enam pusat pemindahan masih dibuka Seberang Perai Utara (SPU) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT).

"Sejumlah 1,075 mangsa daripada 234 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan di SPU manakala di SPT seramai 238 orang membabitkan 70 keluarga," katanya di sini malam ini.

Hujan lebat bermula Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter diikuti angin kencang yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa

-- BERNAMA