BERNAMA › BERITA




Sembilan Nelayan Vietnam Didenda Dan Penjara Ceroboh Perairan Malaysia


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KOTA KINABALU,10 Nov (Bernama) -- Sembilan nelayan warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah memasuki dan melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan Malaysia secara haram pada Ogos lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad yang memerintahkan hukuman itu berjalan dari tarikh tangkap turut mengenakan denda RM20,000 ke atas tekong Phang Hong Dai, 40 serta RM5,000 masing-masing kepada lapan awak-awak terbabit.

Lapan awak-awak berkenaan ialah Van Thia,38; Phan Thanhliu, 30; Hyliyn Bien Hoang, 43;Tran Kim Tiew, 33; Le Thanh, 38; Vo Ngoc Ly, 60; Phan Nhat Nam, 25; dan Phan Van Co,19.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Ogos lalu di kawasan perairan Malaysia pada kedudukan 36 batu nautika barat daya Pulau Kalutan, Kudat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim yang mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.....