BERNAMA › BERITA




Penuntut AIMST Menang Tempat Ketiga Pertandingan Di Jerman


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SUNGAI PETANI, 10 Nov (Bernama) -- Penuntut Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Merbok dekat sini merangkul tempat ketiga Anugerah Pencipta Muda Pertandingan Falling Walls Lab Finale 2017 di Berlin, Jerman pada 8 Nov lepas.

Naib Canselor Universiti AIMST Profesor Dr M. Ravichandran berkata kejayaan penuntut Fakulti Elektrik dan Elektronik, Srilahari Namani, 20, bukan sahaja membanggakan universiti berkenaan malah turut mengharumkan nama negara dengan kajiannya bertajuk 'Breaking The Wall of Mosquito Borneo'.

"Sebelum ini, beliau mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Falling Walls Lab Malaysia pada Julai lepas menerusi kajian sama, iaitu inovasi mengenai sistem penggera nyamuk yang bertujuan mengklasifikasikan jenis nyamuk bagi memudahkan tindakan pencegahan diambil.

"Beliau mengharumkan nama universiti dan negara apabila berjaya menempa nama dalam pertandingan bertaraf dunia itu yang melibatkan 100 ahli akademik, penyelidik dan saintis daripada 68 negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ravichandran berkata kejayaan itu merupakan pengiktirafan kepada negara khususnya dalam menghasilkan produk berkualiti dan inovatif.....