BERNAMA › BERITA




Majlis SIRIM - Industri 2017 dan Pelancaran Sistem Pengurusan Anti-Bribery


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Rasuah merupakan salah satu risiko utama yang dihadapi oleh semua organisasi, sama ada dalam sektor swasta atau awam. Ia mampu menyebabkan pelanggan atau pihak berkepentingan hilang keyakinan terhadap organisasi tersebut seterusnya boleh mencalarkan imej organisasi tersebut. Pensijilan ISO 37001 ABMS dibangunkan bagi membimbing organisasi bagi menghalang, mengesan, bertindak balas terhadap rasuah dan seterusnya mematuhi undang-undang, peraturan, dan komitmen secara sukarela. Ia menyediakan panduan bagi mewujudkan, melaksanakan, mengekalkan dan memperbaiki sistem pengurusan anti-sogokan. Ia merupakan standard generik, yang boleh digunakan oleh mana-mana organisasi yang beroperasi dalam sektor awam atau swasta.

Pensijilan ISO 37001 2016 ABMS telah diperkenalkan di Malaysia oleh mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Dato' Sri Mustafar Ali selepas beliau mengadakan lawatan kerja di Mexico pada tahun 2016.

For the full text, click here..
.
.
.....