BERNAMA › BERITA




ADUN BN Sarawak Sokong Pindaan Kanun Tanah Negeri


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sepenuhnya supaya Kanun Tanah Sarawak dipinda, dan bukan seperti yang didakwa oleh pihak serta individu tertentu dalam media sosial, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Paulus Palu Gumbang.

Paulus berkata bantahan oleh 50 Anggotan Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN terhadap Rang Undang-undang persendirian yang dicadangkan oleh Baru Bian (PKR-Ba'kelalan) semalam disebabkan Rang Undang-undang itu melanggari Perintah Tetap.

Katanya pindaan yang diperkenalkan oleh Baru itu hanyalah untuk meminda satu seksyen daripada kanun tanah, iaitu Seksyen 2, tanpa memberi pertimbangan kepada seksyen lain Kanun Tanah Sarawak yang juga relevan.

Paulus berkata ketua menteri telah menyatakan komitmen dalam isu ini, yang dapat dilihat menerusi penubuhan Pasukan Petugas diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Seperti yang kita maklum, kerajaan negeri telah pun menubuhkan Pasukan Petugas untuk meneliti pindaan yang menyeluruh dan holistik terhadap Kanun Tanah Negeri.....