BERNAMA › BERITA




Tunku Deanna Seorang Yang Merendah Diri - Suami


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA PILAH, 10 Nov (Bernama) -- Almarhum Tunku Datin Deanna Tuanku Munawir disifatkan sebagai seorang yang merendah diri dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Suami Almarhum, Tengku Datuk Amran Tengku Mohd Yusof, 67, memberitahu, sifat peramah isterinya terzahir apabila sering membeli makanan untuk kakitangan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia setiap kali mendapatkan rawatan di situ.

Katanya, isterinya akan mengetepikan status dirinya sebagai kerabat diraja setiap kali berbual dengan orang yang ditemuinya.

"Almarhum sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

"Pemergian Almarhum amat menyedihkan kami sekeluarga tetapi kami akur dengan takdir," katanya ketika ditemui di Makam Diraja Seri Menanti di sini hari ini.....