BERNAMA › BERITA




Sebanyak 229 Cerun Di Selangor Dikenal Pasti Kritikal


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Sebanyak 229 cerun di Selangor dikenal pasti kritikal dan memerlukan tindakan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata kawasan di Majlis Perbandaran Selayang mempunyai 178 cerun yang kritikal, Majlis Perbandaran Subang Jaya sebanyak 16 cerun; dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebanyak 13 cerun.

Selain itu katanya, terdapat sembilan cerun kritikal di Majlis Perbandaran Ampang Jaya; Majlis Perbandaran Kajang (lima); Majlis Bandaraya Shah Alam (empat); Majlis Perbandaran Klang (dua) dan masing-masing satu di Majlis Perbandaran Sepang serta Majlis Daerah Kuala Selangor.

"Bagi PBT yang menghadapi cerun kritikal berkenaan, mereka membuat pemantauan mengikut kaedah yang disyorkan Jabatan Kerja Raya dan perunding geoteknikal lain," katanya.

Sehubungan itu, PBT sedang berusaha memberdayakan Unit Cerun di jabatan masing-masing walaupun PBT tiada peruntukan khas untuk kerja-kerja membaiki cerun," katanya.....