BERNAMA › BERITA




Kerja Baik Pulih Dua Lokasi Tangki Seberang Perai Tengah Dimulakan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Kerja membaik pulih dua lokasi tangki konkrit di Seberang Perai Tengah yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan pergerakan tanah ketika banjir di negeri ini, akan dilakukan segera bagi memastikan keselamatan awam dan bekalan air yang berterusan.

Dua tangki terlibat ialah tangki air di Taman Aman Bukit di Bukit Tengah dan di Taman Seri Remia, Bukit Mertajam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata lokasi kedua-dua tangki itu memerlukan penyelenggaraan segera.

"Tanah runtuh berlaku kira-kira dua meter di luar pagar Tangki Air Bertingkat Taman Tanah Aman di Bukit Tengah manakala hakisan tanah telah menggerakkan dinding penahan dan menyebabkan keretakan di atas tanah tangki air bertingkat Taman Seri Remia di Bukit Mertajam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya telah menurunkan 50 peratus daripada jumlah simpanan air di tangki itu bagi mengurangkan beban struktur manakala pihak pemaju telah menutup kawasan tanah runtuh dengan plastik pelindung untuk mengurangkan risiko tanah runtuh yang lain.....