BERNAMA › BERITA




306 Pemeriksaan Vesel Dilakukan Sepanjang Patkor Optima 26B/2017


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KLANG, 10 Nov (Bernama) --Sebanyak 306 buah vesel yang melakukan pelbagai aktiviti maritim di sekitar Selat Melaka diperiksa sepanjang pelaksanaan operasi khas melibatkan kerjasama Malaysia-Indonesia yang berakhir hari ini.

Pengarah Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim, Laksamana Pertama (Maritim) Abd Razak Lebai Omar berkata daripada pemeriksaan itu, sebanyak enam bot nelayan dan dua bot rekreasi ditahan kerana menyalahi Akta Perikanan 1985 dan Akta Kastam 1967.

"Ekoran itu, 30 warga tempatan berumur antara 20 dan 45 tahun ditahan atas kesalahan antaranya tidak mengisytiharkan barangan yang dibawa dan lesen (perikanan) tamat tempoh. Kesemua mereka telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan dan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan pelaksanaan Operasi Patroli Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim (Patkor Optima) 26B/2017, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Komanden Gugus Keamanan Armada Republik Indonesia Kawasan Barat, Laksamana Pertama Tentera Nasional Angkatan Laut, Bambang Irwanto.....