BERNAMA › BERITA




Pesuruhjaya PAS Perak Diarah Bayar Bekas MB RM200,000


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


Razman Zakaria
IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan saman fitnah yang difailkan dua tahun lalu.

Mohammad Nizar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta ke atas Razman di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Ogos 2015, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim D. Sunita Kaur Jessy membuat keputusan itu selepas mendapati Razman, selaku defendan, bertanggungjawab terhadap kenyataan yang disiarkan di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohamad Nizar sebagai plaintif.

Mohamad Nizar, yang kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel berkenaan yang mengaitkannya 'menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP'.

Plaintif diwakil Asmuni Awi manakala Razman diwakili Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.....