BERNAMA › BERITA




Tanaman Herba Bantu Penduduk Kampung Sagil


Tarikh kemaskini: 07/11/2017

Oleh Erda Khursyiah Basir

Penubuhan Plot Model Kampung Herba di Kampung Sagil, Tangkak antara lain bertujuan memperkasa ekonomi penduduk kampung berkenaan.

Rencana siri akhir ini menjurus kepada penduduk kampung khususnya peserta yang juga ahli Persatuan Peniaga Kecil Kampung Sagil (PPKS) dalam memanfaatkan peluang berkenaan untuk membantu menjana ekonomi mereka.


TANGKAK (Bernama) -- Ibarat bulan jatuh ke riba.

Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan betapa bertuahnya penduduk Kampung Sagil, di sini, apabila kampung ini terpilih bagi menempatkan Plot Model Kampung Herba dalam usaha merakyatkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Memetik intipati ucapan Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abdul Latif Mohmod sewaktu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan PPKS pada 14 Oktober lepas, ladang herba yang ditubuhkan itu secara langsung mampu menjana pendapatan tambahan kepada penduduk kampung.

"Spesis herba terpilih yang ditanam berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada penduduk kampung pada masa akan datang sekiranya berlaku aktiviti komersialisasi.....