BERNAMA › BERITA




Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Kesan Advers Serius Setelah Pengambilan Produk 'Wan Ling Ren Sem Chin Kuo' Dan 'Chong Cao Dan'


Tarikh kemaskini: 06/11/2017

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menarik perhatian orang ramai berkaitan dua produk tradisional Cina iaitu Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill dan Chong Cao Dan yang dipromosi mengandungi bahan herba yang boleh membantu melegakan sakit dan rasa kebas anggota badan serta melancarkan peredaran darah. Artikel The Star bertajuk "Singapore Warns Against Use Of Two Malaysian Health Products" yang bertarikh 2 November 2017 telah merujuk kepada dua produk kesihatan tersebut yang telah dikesan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Singapura mengandungi bahan aktif yang tidak diisytiharkan iaitu Dexamethasone, Furosemide dan Chlorpheniramine.

Di Malaysia, pada masa ini produk-produk tersebut adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Walaubagaimanapun, produk Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill pernah berdaftar tetapi ditarik balik pendaftarannya pada bulan Januari 2017 kerana didapati mengandungi Dexamethasone. Sepanjang tahun 2017 Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM telah membuat serbuan ke atas 2 premis kedai ubat tradisional Cina dan sebanyak 26 kotak produk Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill telah dirampas.

For the full text, click here..
.
.
.....