BERNAMA › BERITA




Pegawai TLDM,TLF Bertemu Di Sempadan Perairan Malaysia-Filipina


Tarikh kemaskini: 07/10/2017


SANDAKAN, 7 Okt (Bernama) -- Pegawai-pegawai Kapal KD Selangor Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kapal Tentera Laut Filipina (TLF) di sempadan perairan Malaysia-Filipina, lima batu nautika dari Pulau Taganak Filipina, hari ini.

Pada pertemuan di atas Kapal KD Selangor itu, TLDM diketuai Pegawai Memerintah KD Selangor Komander Khairishahrizal Salehin manakala kapal BRP TLF diketuai Pegawai Memerintahnya Emilio Liwanag.

Selain pertukaran maklumat kawasan operasi, mereka mengadakan lawatan dan pertukaran pegawai bagi merapatkan lagi hubungan TLDM dan TLF, kata Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 2 Pangkalan TLDM Sandakan dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan itu diadakan hasil inisiatif rondaan Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang diilhamkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia dilaksanakan di bawah inisiatif INDOMALPHI TMP, yang dilancarkan pada 19 Jun lepas di Tarakan, Indonesia, dengan melibatkan angkatan laut Malaysia, Indonesia dan Filipina.....