BERNAMA › BERITA




Pemuda MIC Gesa Kerajaan Tubuh Mekanisme Pembiayaan Bantu Pelajar


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Pemuda MIC menggesa kerajaan menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk membolehkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengikuti kursus pendidikan tinggi tanpa kekangan kewangan.

Ketua Pemuda MIC Datuk C.Sivaraj berkata mekanisme pembiayaan itu dapat membantu pelajar mendaftarkan diri untuk kursus-kursus tersebut yang menjadi pilihan selepas mengadakan penilaian menyeluruh mengenai pencapaian akademik mereka walaupun jika mereka berhasrat untuk mengikuti kursus di luar negara.

Beliau berkata setiap tahun, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, pelajar yang mencatatkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan seperti memperoleh 11A dalam SPM atau 4.00 dalam Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) dalam STPM sering tidak mendapat biasiawa atau berpeluang mengikuti kursus yang menjadi pilihan di universiti awam.

"Masalah ini dihadapi oleh pelajar dari semua kaum. Oleh itu, saya meminta presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbang untuk menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk membantu pelajar yang layak mengikuti kursus penggajian tinggi yang menjadi pilihan mereka.

"Oleh kerana Malaysia melahirkan semakin ramai pelajar cemerlang dan mencatatkan markah yang tinggi, kita perlu menubuhkan sebuah mekanisme untuk memastikan kita dapat memberi ganjaran kepada pelajar yang mencapai prestasi cemerlang.....