BERNAMA › BERITA




Pensyarah Undangan Antara Lapan Ditahan Disyaki Terlibat Aktiviti Pengganas


Tarikh kemaskini: 07/10/2017


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seorang pensyarah undangan di institusi pengajian tinggi awam merupakan antara lapan lelaki ditahan disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas dalam operasi yang dijalankan pada 27 September hingga semalam di Selangor, Sabah dan Perak.



Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki warganegara Albania berusia 35 tahun itu ditahan di Selangor oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 1 Oktober lepas kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan pengganas Daesh di luar negara.

Beliau berkata, polis turut menahan lima lelaki, masing-masing dua warganegara Filipina dan tempatan serta seorang pemastautin tetap dari Filipina berusia 30 hingga 53 tahun pada 27 Sept lepas di Sandakan, Sabah.

"Kelima-lima mereka disyaki terlibat dalam aktiviti membantu penyusupan masuk anasir-anasir pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) ke Malaysia melalui Sabah. Operasi ini adalah susulan daripada tangkapan tujuh individu anasir sel ASG pada 14 Sept lepas di Kuala Lumpur,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Katanya tangkapan ketiga pada semalam melibatkan dua lelaki bekas banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Tapah, Perak yang pernah ditangkap pada 7 Feb 2013 kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.....