BERNAMA › BERITA




Purata Penggunaan Pengangkutan Awam Bertambah - SPAD


Tarikh kemaskini: 07/10/2017


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Purata harian penggunaan pengangkutan awam merekod kenaikan 12 peratus kepada 638,608 dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding 570,021 tahun lalu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata ia bertambah selepas penurunan 9 peratus tahun lalu susulan proses kajian harga tambang rel bandar yang dilakukan pada tahun 2015.

Namun ia berkata jumlah tersebut tidak termasuk penggunaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 yang merekod kenaikan purata harian 101,024 kerana ia hanya dilancarkan tahun ini.

SPAD berkata Laluan LRT Kelana Jaya mendahului pertambahan tahun ini dengan 26 peratus kepada 271,250 daripada 215,855, diikuti Laluan LRT Ampang yang naik 14 peratus kepada 184,931 daripada 161,779 sementara KLIA Transit naik 10 peratus kepada 19,420 daripada 17,719.

Namun penggunaan beberapa pengangkutan awal lain menurun tahun ini susulan kerja-kerja penambahbaikan termasuk perkhidmatan KTM Komuter yang menurun kepada 103,074 daripada 108,023 tahun lepas, susulan Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang menjejaskan kekerapan tren.....