BERNAMA › BERITA




Bilik Jualan Perodua KL Dibuka


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bilik jualan dan premis pramilik pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Perodua KL, diJalan Pahang, kini dibuka dan akan memenuhi keperluan pengguna yang mahu membeli kereta baharu dan kenderaan pramilik Perodua.

Bilik pameran berharga RM1.7 juta itu, premis milik penuh terbesar Perodua Sales Sdn Bhd, di Kuala Lumpur, demikian menurut kenyataan syarikat itu.

"Bilik pameran baharu itu adalah atas inisiatif Perodua bagi menyediakan pengalaman mudah dan selesa kepada pemilik kenderaan Perodua.

"Pelanggan boleh memilih untuk memiliki kenderaan baharu atau kenderaan pramilik Perodua yang disahkan.

"Kenderaan pramilik itu sudah diperiksa secara menyeluruh dan dibaik pulih oleh juruteknik terlatih kami dari pusat-pusat servis Perodua," kata Pengarah Urusan Jualan Perodua Datuk Zahari Husin.....