BERNAMA › BERITA




PUNB Tiada Kaitan Dengan Syarikat Kongsi Makan Bhd


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menjelaskan badan itu tidak mempunyai sebarang kaitan, kerjasama, persamaan dan/atau hubungan dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun dengan syarikat Kongsi Makan Bhd (KMB) seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.

KMB merupakan syarikat skim pelaburan berkonsepkan francais.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Azhar Ahmad berkata KMB menggunakan nama PUNB dalam modus operandinya untuk menipu ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menjanjikan keuntungan besar kepada para pelabur menerusi jualan produk dengan modal yang minimum.

"PUNB memandang serius perkara yang tidak bertanggungjawab ini.

"PUNB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pemilik syarikat KMB atau mana-mana ejen atau wakil syarikat tersebut yang berterusan memanipulasi nama PUNB dalam aktiviti syarikat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.....