BERNAMA › BERITA




Syarikat China Berhasrat Mohon Sijil Halal Malaysia Melalui Khidmat Johor


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

ISKANDAR PUTERI, 6 Okt (Bernama) -- Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk membantu mereka dalam permohonan pensijilan halal Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata, dengan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, syarikat berkenaan berpeluang menembusi pasaran halal antarabangsa terutama ke negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Beliau berkata, sijil halal Malaysia tersebut mempunyai piawaian halal yang diperakui di seluruh dunia terutama di 56 negara OIC.

"Justeru itu, syarikat ini boleh menjadikan Malaysia, terutama Johor sebagai platform untuk mereka menembusi pasaran-pasaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Pocket Talk Iskandar Halal Park' sempena Expo Pembangunan Johor Berkemajuan di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Minat daripada syarikat berkenaan adalah susulan misi perdagangan diketuai anggota exco itu, pada Ogos lepas, ke wilayah Xinjiang dan wilayah Gansu.....