BERNAMA › BERITA




Go Auto Bakal Lancar Bas Elektrik Menjelang Akhir 2017


Tarikh kemaskini: 06/10/2017

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat pengedar rasmi kenderaan Haval di Malaysia, Go Auto, akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) dan komponen berkaitan menjelang akhir 2017, seiring dengan usaha bagi transformasi Malaysia sebagai sebuah hab pembuatan serantau.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata usaha penghasilan prototaip EV itu kini hampir selesai.

"Sebagai permulaan, Go Auto telah diberi kepercayaan untuk membekalkan bas-bas elektrik bernilai RM30 juta kepada kerajaan negeri Melaka."

"Kumpulan pertama kenderaan itu dijangka dapat diserahkan pada akhir 2017," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, SM Azli berkata Go Auto juga terbabit dalam rundingan akhir membabitkan beberapa projek baharu bagi pembekalan bas-bas elektrik berkenaan.

Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 antara lainnya menyaksikan Malaysia menetapkan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 1 juta unit baharu setahun menjelang 2020, termasuk 10 peratus EV.....