BERNAMA › BERITA




Mulakan Usaha Pemula Niaga Sebagai Projek Sampingan - Pengasas TechLadies


Tarikh kemaskini: 05/10/2017

Oleh Noor Farhana Ahmad Norain

CYBERJAYA, 5 Okt (Bernama) -- "Mulakan usaha (syarikat) pemula niaga itu sebagai projek sampingan terlebih dahulu," kata pengasas TechLadies, Elisha Tan, yang berkongsi nasihat untuk mereka yang mahu berjinak-jinak memulakan perniagaan baharu.

Sebagai individu yang pernah 'jatuh bangun' atau mengalami kegagalan memulakan syarikat pemula niaga, langkah menjadikan usaha itu secara sampingan boleh memberi jaminan dari segi kestabilan khususnya kewangan serta masa untuk mempertimbangkan model perniagaan terbaik.

"Malah, jika projek sampingan itu gagal, ia tidak memberi sebarang kesan kerana anda masih ada jaminan yang selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar Simposium Akademi 2017 (MA2017) Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini, selepas turut menjadi penceramah dalam sesi sembang santai bertajuk 'Rise from the Ashes' (Bangkit Daripada Kegagalan).

Berusia 29 tahun, siswazah lulusan psikologi Universiti Nasional Singapura itu memulakan syarikat pemula niaga pertamanya 'Learnemy,' yang menyediakan perkhidmatan padanan bagi kelas bukan dalam talianpada 2011.....