BERNAMA › BERITA




Malaysia Airlines Dapat Pensijilan IOSA


Tarikh kemaskini: 04/10/2017

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Malaysia Airlines telah menerima sijil Audit Keselamatan Operasi (IOSA) daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata syarikat penerbangan itu telah berjaya menjalani pemeriksaan rapi oleh pihak juruaudit keselamatan pertubuhan dunia berkenaan.

"Kami sudah mendapat pensijilan IOSA sejak 2005 dan mengekalkan tahap keselamatan ini sebagai teras kewujudan syarikat ini.

"Ia merupakan perjalanan tanpa henti dengan keazaman penuh bagi memastikan keselamatan selain mewujudkan persekitaran operasi bagi pelanggan, kakitangan dan pihak yang berkepentingan," katanya.

Program IOSA IATA diiktiraf di peringkat antarabangsa dan membabitkan sistem penilaian yang direka untuk menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan sesebuah syarikat penerbangan sehinggakan turut dijadikan penanda aras pengurusan keselamatan penerbangan global.....