BERNAMA › BERITA




Prasarana Mulakan Rundingan Kontrak Baharu Tren MMMSL Bulan Depan


Tarikh kemaskini: 04/10/2017

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dijangka memulakan proses rundingan kontrak baharu pengoperasian tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro-Southern Line (MMMSL) dengan kerajaan Arab Saudi pada bulan depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata ia akan dilakukan secara rundingan terus dan ketika ini pihak pengurusan syarikat sedang meneliti nilai kontrak yang lebih rasional untuk dikemukakan kepada kerajaan Arab Saudi.

"Masih terlalu awal untuk kita mendedahkan butiran perundingan itu, namun kita menyasarkan nilai kontrak yang lebih menguntungkan, sekali gus mendukung usaha memperkukuhkan operasi kita di Arab Saudi.

"Ia bersandarkan prestasi kita mengoperasikan MMMSL bagi tempoh tiga tahun kontrak sejak 2015, dengan musim haji yang baru berakhir bulan lalu merekodkan operasi terbaik terutama dalam konteks pengoperasian tren dan pengendalian penumpang (jemaah),"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penghargaan Petugas Media - Operasi Haji Prasarana Malaysia 2017, di sini hari ini.....