BERNAMA › BERITA




Adiq Husainie Raih Kejuaraan Pertama Jelajah Malaysia


Tarikh kemaskini: 04/10/2017


TAIPING, 4 Okt (Bernama) -- Selepas lapan kali menyertai Jelajah Malaysia (JM), Muhamad Adiq Husainie Othman akhirnya menamatkan penantian untuk menjuarai sekurang-kurangnya satu peringkat perlumbaan.

Pelumba berusia 26 tahun daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu, muncul juara peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau di sini, sejauh 145.3km dengan catatan masa tiga jam, 17 minit dan 12 saat, hari ini.

Pelumba berasal dari Terengganu itu, berjaya mengatasi Ariya Phounsavath daripada Thailand Continental Cycling dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mencatatkan masa yang sama, selepas ketiga-tiga pelumba itu berjaya memisahkan diri daripada kumpulan 15 pelumba, dua km sebelum garisan penamat.

"Biasanya sebelum ini saya hanya dapat menamatkan JM dalam 10 terbaik keseluruhan, tetapi kali ini saya berjaya menang peringkat. Kali terakhir saya menang perlumbaan pun ketika di Tour of Brunei 2011, selepas itu hanya sekadar menang tempat kedua dan ketiga.

"Tapi pada hari ini, saya membuktikan bahawa masih ada kudrat dan pengalaman, serta bukan pelumba yang sudah tenggelam," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.....