BERNAMA › BERITA




129 Peserta Sertai Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu Ke-30


Tarikh kemaskini: 04/10/2017

KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Seramai 129 peserta akan mengambil bahagian dalam Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-30 pada 15 Okt ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata daripada jumlah itu, 41 adalah peserta luar dari 18 negara.

"Tahun ini, Climbathon telah menarik 105 peserta elit lelaki dan 24 elit wanita dari Australia, Bangladesh, Brunei, Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Perancis, Jerman, Britain, Hong Kong, Jepun, Kenya, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Thailand, Amerika Syarikat dan Malaysia.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini, Pang berkata 30 peserta juga akan menawan gunung setinggi 4,095 meter buat kali pertama.

Katanya larian itu akan dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun, yang melibatkan laluan 26km dari lokasi permulaan di Taman Kinabalu di Kundasang hingga ke puncak.....