BERNAMA › BERITA




23 Pelajar, 2 Warden Maut Dalam Kebakaran Pusat Tahfiz


Tarikh kemaskini: 14/09/2017


KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Seramai 23 pelajar dan dua warden maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam cedera.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

-- BERNAMA