BERNAMA › BERITA




Inisiatif Produktiviti Yang Mantap Sediakan Malaysia Hadapi Industri 4.0 - MPC


Tarikh kemaskini: 12/09/2017

PUTRAJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Inisiatif-inisiatif produktiviti yang mantap akan menyediakan rakyat Malaysia dalam menghadapi Industri 4.0, kata Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Tan Sri Azman Hashim.

Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang didorong oleh produktiviti buruh sebanyak 3.5 peratus pada 2016, mencerminkan bahawa ia sedang bergerak daripada intensif buruh, dan menuju ke arah faktor pendorong yang berbentuk digital serta teknologi.

"Ini adalah pola yang dimaksudkan sebagai ekonomi yang didorong oleh produktiviti, di mana produktiviti menjadi faktor utama yang akan memecahkan sempadan ke arah Industri 4.0. Inisiatif-inisiatif produktiviti ini akan melengkapkan rakyat kita bagi menghadapi era perindustrian yang baharu," katanya pada pembukaan Forum Antarabangsa Mengenai Produktiviti di sini Selasa.

Katanya, bagi mempercepatkan dan mengekalkan produktiviti negara, strategi yang dinamik serta berhala tuju perlu dipakai untuk memantau dan menilai kemajuan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan produktiviti di seluruh kementerian, agensi dan penggiat industri.

"Inisiatif-inisiatif produktiviti perlu berkembang menjadi kesedaran dan budaya harian bagi mencapai keputusan yang dikehendaki."

"Saranan ini menunjukkan kepentingan untuk kerjasama yang lebih rapat antara pelbagai pihak yang berkepentingan dalam mencapai objektif produktiviti yang lebih tinggi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat kita," katanya.....