BERNAMA › BERITA




Kota Kinabalu Wetlands Tapak Ramsar Ketujuh


Tarikh kemaskini: 17/07/2017


Kota Kinabalu Wetlands - gambar fail Bernama
KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kota Kinabalu Wetlands telah ditetapkan sebagai tapak Ramsar ketujuh di Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berterima kasih kepada kerajaan pusat terutama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atas pengiktirafan terhadap usaha berterusan untuk memulihara ekosistem dan biodiversiti negara itu.

"Ini dicerminkan oleh komitmen kerajaan dalam pelbagai inisiatif seperti 'Heart of Borneo' dan Konvesyen Ramsar mengenai tanah bencah.

"Di Sabah, hutan hujan tropika dan tanah bencah mempunyai nilai yang sangat besar, keindahan luar biasa dan syurga bagi pelbagai tumbuhan dan haiwan.

"Justeru, pelbagai usaha pemuliharaan telah diambil bagi memastikan pengurusan hutan kita kekal lestari,"katanya.....