BERNAMA › BERITA




I-Kad Akan Diwartakan Sebagai Pengenalan Diri Pelajar Asing - KP Imigresen


Tarikh kemaskini: 17/07/2017


Datuk Seri Mustafar Ali
PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Jabatan Imigresen sedang dalam proses mewartakan i-kad sebagai pengenalan diri pelajar asing yang sah di institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dengan pewartaan ini, i-kad pelajar asing boleh digunakan sebagai pengenalan diri selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya ia bagi membolehkan i-kad berperanan sebagai pengganti kepada pengenalan diri menggunakan pasport.

"Penggunaan i-kad adalah sebagai pengenalan diri pelajar asing, tetapi bukan sebagai ganti pengenalan diri yang mutlak kepada pasport," katanya dalam kenyataan, di sini Isnin.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mahu semua agensi penguat kuasa undang-undang menerima i-kad pelajar asing ini sebagai kad yang sah sebagai pengganti kepada pasport.....