BERNAMA › BERITA




Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Situasi Terkini Kes Rabies Di Sarawak Dan Kes Gigitan Anjing Yang Dilaporkan Di Perak Serta Melaka


Tarikh kemaskini: 17/07/2017

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pada 1 Julai 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat kes rabies dari Daerah Serian Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017.

KKM ingin memaklumkan perkembangan terkini bahawa kes keempat rabies iaitu seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dari Kampung Ampungan, Serian Sarawak telah meninggal dunia pada pukul 2.05 petang 17 Julai 2017 akibat daripada rabies encephalomyelitis. Jumlah kes rabies adalah empat (4) di mana kesemuanya telah meninggal dunia. Tiada kes rabies baru dilaporkan.

For the full text, click here..
.
.
.....