BERNAMA › BERITA




Anggota TUDM Diingat Waspada Ancaman Daesh Di Sabah


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

TAWAU, 19 Jun (Bernama) -- Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diingatkan supaya berwaspada dengan sebarang ancaman terutama daripada militan Daesh atau ektremis lain yang boleh menggugat keselamatan negara.

Panglima Operasi Udara, Left Jeneral Datuk Seri Abdul Mutalib Abd Wahab berkata peringatan itu didorong kepada situasi tidak memberangsangkan membabitkan pertempuran puak Maute dan Daesh bersama tentera Filipina di bandar Marawi, yang dikhuatiri terdapat anggota militan yang melarikan diri ke negara ini.

"Malaysia tidak terlepas daripada kehadiran mereka dan sebab itu saya memerlukan keprihatinan semua anggota yang bertugas sepanjang lebaran inisentiasa berwaspada, maklumkan dan peka terhadap apa yang berlaku di kawasan sempadan Malaysia dengan negara-negara jiran," katanya.....