BERNAMA › BERITA




Keputusan Mahkamah Rayuan Belgium: Penggunaan Label "No-Palm Oil" Adalah Mengelirukan 15 Jun 2017, Khamis, Rom, Itali


Tarikh kemaskini: 16/06/2017

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- YB Datuk Seri Mah Siew Keong selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah tiba di Rom, Itali pada 14 Jun 2017 dalam rangka lawatan 2 hari membawa misi untuk mempromosi dan mengukuhkan platform komoditi terutamanya membabitkan hubungan perdagangan melibatkan sawit antara sektor awam dan swasta di negara Itali.

Dalam perbincangan meja bulat yang diadakan dengan pengeluar mentega coklat yang terkemuka di dunia dari Itali iaitu Ferrero, YB Datuk Seri Mah Siew Keong telah membangkitkan kempen "No Palm Oil" yang dilancarkan oleh pihak anti sawit di negara Eropah telah mendatangkan cabaran yang besar kepada industri sawit dengan penglibatan hampir 1,600 produk makanan yang dipasarkan di segenap negara Eropah. YB Datuk Seri Mah Siew Keong pada masa yang sama turut memuji dan mengucap tahniah kepada Ferrero di atas kepercayaan serta keyakinan menggunakan bahan yang berasaskan sawit selama ini dan kejayaan di atas keputusan Mahkamah Rayuan Belgium bahawa penggunaan label "No palm Oil" adalah mengelirukan tanpa disokong oleh fakta saintifik yang nyata dan salah di sisi undang-undang.

For the full text, click here..
.....