BERNAMA › BERITA




Media Berkumpul Di Luar Kedutaan Korea Utara Semakin Kurang



KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Ini berikutan tiada seorangpun pegawai termasuk jurucakap kedutaan Ri Tong-il mengeluarkan apa-apa kenyataan atau bercakap kepada media sejak 18 Feb.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas ketika menunggu penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan bahan kimia yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.....