BERNAMA › BERITA




Pengecualian Cukai Pendapatan Kepada Institusi Atau Organisasi Keagamaan - Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) 2017 [P.U.(A) 52/2017]


KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan, telah mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] untuk mengecualikan bayaran cukai terhadap semua pendapatan yang diterima oleh mana-mana institusi atau organisasi keagamaan yang ditubuhkan di Malaysia semata-mata bagi maksud ibadat keagamaan atau pemajuan agama dan tidak dikendalikan dengan tujuan mendapatkan keuntungan.

Institusi atau organisasi keagamaan yang layak mendapat pengecualian di bawah perintah tersebut hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi tersebut. Prasyarat pendaftaran untuk mendapatkan pengecualian adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya institusi keagamaan sentiasa dikawal selia dengan baik dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

For the full text, click here..
.....