BERNAMA › BERITA




Hasil Lawatan Kerja PYT Julie Bishop Menteri Luar Negeri Australia Ke Malaysia 14-15 Mac 2017


PUTRAJAYA, 16 Mac (Bernama) -- PYT Julie Bishop, Menteri Luar Negeri Australia telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 14-15 Mac 2017. Semasa lawatan beliau, PYT Julie Bishop dan YB Dato' Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Menteri Luar Negeri pada 15 Mac 2017 di Wisma Putra, Putrajaya.

Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin berbincang secara produktif mengenai pelbagai isu yang melibatkan kepentingan bersama. YB Dato' Sri Anifah Haji Aman mengulangi komitmen Malaysia terhadap Perkongsian Strategik Malaysia-Australia yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan TYT Malcolm Turnbull, Perdana Menteri Australia di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 27 di Kuala Lumpur pada 22 November 2015.

For the full text, click here..
.....