BERNAMA › BERITA




Kurang Ilmu Punca Usahawan Muda Melayu Sukar Kekal Dalam Perniagaan - Perdasama


MELAKA, 20 Ogos (Bernama) -- Kurang ilmu punca utama usahawan muda Melayu sukar kekal dalam dunia perniagaan, kata Yang Dipertua (YDP) Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Melaka Mohd Noor Azan Kamaruddin.

Beliau berkata kebanyakan daripada mereka mempunyai semangat yang berkobar ketika memulakan perniagaan, namun disebabkan kurang ilmu semangat itu menjadi pudar.

"Lokasi (perniagaan) dan harga tidak sesuai serta sasaran pasaran yang tidak tepat adalah antara masalah yang mereka hadapi.....