BERNAMA › BERITA




Kerajaan Hampiri Sasaran Bina 100,000 Unit PPA1M Menjelang 2018



Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) ketika merasmikan projek pembinaan PPA1M Metropolitan Kepong pada Khamis
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) - Sasaran kerajaan untuk membina 100,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di seluruh negara menjelang 2018 hampir tercapai dengan pelancaran satu lagi projek itu di Metropolitan Kepong (MRR2) di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PPA1M Metropolitan Kepong yang dibangunkan oleh JL99 Group di atas tanah seluas 8.2 ekar (3.28 hektar) akan melibatkan pembinaan dua blok pangsapuri yang menempatkan 1,230 unit rumah.

"Sehingga Mei 2016, sebanyak 148 projek PPA1M dengan 82,012 unit rumah telah diluluskan kerajaan dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.....