BERNAMA › BERITA




Individu Ketagih Nikotin Dinasihat Dapatkan Rawatan Pemulihan


NILAI, 27 Jan (Bernama) -- Individu yang terjebak dengan ketagihan nikotin rokok dan vape dinasihat mendapatkan rawatan dan pemulihan yang betul daripada program-program perkhidmatan berhenti merokok yang telah disediakan kerajaan.

Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Irwan Subri berkata itu adalah antara resolusi yang dicapai dalam Muzakarah Pakar Isu Kesihatan: Vape anjuran INFAD pada 21 Jan lepas.

Resolusi lain yang dicapai termasuk menggesa kerajaan Malaysia mengharamkan rokok konvensional, shisha, rokok elektronik, vape dan semua produk tembakau atau seumpama dengannya bagi melindungi kesihatan seluruh rakyat Malaysia, katanya.....