BERNAMA › BERITA




Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor Berakhir Dengan Istiadat Menurun Bendera Letak Kerja



JOHOR BAHARU, 21 April (Bernama) -- Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja dilakukan hari ini sebagai simbolik berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.

Istiadat disempurnakan di Tugu Peringatan Istana Besar, di sini, mulai 9 pagi dengan disaksikan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Upacara istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sejurus Datuk Penghulu Istiadat Datuk Abdul Latiff Yusoff menyeru memulakan majlis.....