BERNAMA › BERITA




Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Muar


MUAR, 18 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Dataran Tanjung Emas di sini.

Majlis yang bermula pada 3 petang itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac lepas.

Berangkat sama, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, anakanda baginda Tunku Tun Aminah; Tunku Temenggong Tunku Idris dan Tunku Putera Tunku Abu Bakar.....