BERNAMA › BERITA




Jalan Maharani Di Muar Ditutup Selama 13 Hari Bagi Karnival HPPNK


MUAR, 9 April (Bernama) -- Jalan Maharani di bandar ini akan ditutup selama 13 hari bermula esok untuk Karnival Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Peringkat Negeri sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Muar.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ramlee A Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai penutupan itu melalui notis, hebahan melalui laman sosial Facebook MPM dan surat pekeliling yang sudah diserahkan kepada peniaga di sepanjang jalan itu.

"MPM juga memasang papan tanda notis pemberitahuan di jalan-jalan utama di bandar ini sejak 10 hari lalu supaya orang ramai boleh membuat perancangan perjalanan mereka.....