BERNAMA › BERITA




Sultan Johor, Permaisuri Johor Saksikan Pertunjukan Tatu Kemahkotaan


KLUANG, 4 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan Tatu Kemahkotaan di Stadium Kluang, malam ini.

Pertunjukan oleh 1,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan bersempena Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac lepas.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.....