BERNAMA › BERITA




Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Kluang


KLUANG, 4 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Laman Tasik, di sini.

Majlis bermula 3 petang itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, 23 Mac lepas.

Berangkat sama ke majlis itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta para anakanda lain.....